heart

bEaR

Wednesday, August 25, 2010

cter sal mak n anak

Assalammualaikum. .....Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...
dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah, mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ...
tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ...Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ...
either belen makanan mak atau abah...
tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan...
kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ...
samada kami perasan atau tidak ...
so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak...
Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...
arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ...

mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya .....makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak...
samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ...dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ...
kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ....tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya...
dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib."Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly...Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you'll lose nothing. Wallahu A'lam... Terima Kasih,

Tuesday, August 24, 2010

If ToMmoRroW NeVer ComEs

If tomorrow never comes

Have I done what I should have done today

Or did I just let time slip away

If tomorrow never comes

Have I said sorry to the people I have done wrong hurting

And plead to God for forgiveness for all my sinning

If tomorrow never comes

Did I say thanks to the people I know,

Or I just didn't bother to show

If tomorrow never comes

Will I know what is next to come,

And will I get to paradise with a warm welcome

If tomorrow never comes

I won't let the day pass away,

And cherish what I have today

If tomorrow never comes

I'm sure to strive my best,

And make that day the best from the rest

We will never know if we have tomorrow,

So I plead to God with full of sorrow:DEAR LORD SHOW ME THE WAY,FOR YOUR WAY IS THE ONLY WAY,AND MAKE MY EVERYDAY MY BEST DAY, AMIN!

I Must Remember..

If now I happy I must remember before this I sad

If now I success I must remember before this I failed

If now I clever I must remember before this I stupid

If now I rich I must remember before this I poor

If now I strong I must remember before this I weak

If now I healthy I must remember before this I sick

But...Tomorrow is difference

Tomorrow is a new life

Tomorrow maybe I die

Tomorrow not same as today

Only one not change

This is Islam

Thanks for Allah

Give me heart for to feel

Give me brain for to think

Give me eye for to see

Give me Quran for to readand to understand and practice

Give me Hadiths for to life guide

Now...

My wish is to see the Prophet Muhammad s.a.w. ...

Thank you AllahThank you AllahThank you Allah ...For all bless and Nikmat..

Cinta Yang Pasti

Remaja selalunya dikaitkan dengan cinta. Agak pelik jika dilihat seseorang yang memegang gelaran remaja tidak mempunyai perasaan ingin bercinta dan dicintai juga tidak ada keinginan untuk berkenal-kenalan (kononnya) dan berhubungan sama ada secara SMS ataupun surat (baru romantik kononnya) dengan sahabat lain yang berlainan jantina.

Adakah Islam membunuh terus naluri cinta ?

Adakah Islam langsung tidak memberi peluang kepada seseorang untuk merasakan perasaan cinta?

Adakah Islam ini terlalu kejam apabila mengekang seseorang itu daripada terjebak dengan percintaan ?

Bukan begitu saudaraku... Islam adalah agama yang syumul! Segalanya sudah ditetapkan oleh syari'at supaya manusia tidak terus tenggelam pada bisikan dunia. Cinta yang diimpikan semasa remaja cuma fatamorgana yang tidak kekal. Cuma mainan remaja yang dibisik oleh hawa nafsu dan syaitan yang cuba menarik setiap bani Adam untuk bersamanya di neraka. Cinta remaja sering membuatkan kita menipu diri sendiri. Pada fikiran sebilangan remaja, 'cuma setakat menelefon dan menghantar mesej dan surat bukannya sampai berjumpa berdua-duaan di taman bunga

' Firman Allah S.W.T: (٣١) وَلَا تَقۡرَبُواْ ٱلزِّنَىٰٓ‌ۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ فَـٰحِشَةً۬ وَسَآءَ سَبِيلاً۬ Maksud : Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

Sedangkan mendekati zina pun sudah ditegah. Apatahkan lagi berzina!.

Mengapa Allah kata, 'JANGAN' kamu 'MENDEKATI ZINA'?

Mengapa tidak dikatakan, 'TIDAK PATUTLAH KAMU MENDEKATI ZINA' atau 'TIDAK BAIK KAMU MENDEKATI ZINA'?

Ini kerana Islam telah menegaskan bahawa mendekati zina itu saja sudah haram hukumnya, apatah lagi jika berzina. Asyik daripada menelefon kekasih pujaan itulah akan menaikkan keinginan nafsu untuk berjumpa dan kemudian ke arah kegiatan-kegiatan yang seterusnya. Ketahuilah sahabat-sahabatku sekalian, Sesungguhnya terdapat enam perkara yang mendekatkan diri kita kepada zina. Moga kita sama-sama dapat memelihara diri kita dari menghampiri dan kemudiannya melakukan perkara-perkara tersebut yang antaranya :

1. (Melihat) نظرة -Zina itu bermula apabila seseorang itu tertarik kepada pasangan yang berlainan jantina dengannya

2. (Senyum)فسامهم -Seterusnya senyuman diukir untukmenarik perhatian masing-masing

3.(Memberi Salam) فسلام - Salam diberi sebagai tanda memulakan hubungan

4.(Bercakap Kosong) فكلام -Setelah mengenal hati budi masing-masing, seringkali mnelefon dan menghantar mesej yang semuanya dipenuhi dengan cakap kosong dan angan-angan cinta

5. (Berjanji)فموعدون - Mula mengikat janji untuk berjumpa untuk mengenali dengan lebih dekat dan melepaskan rindu di hati

6. (Berjumpa) فلقاءون -Dan satu perjumpaan diadakan berdua-duaan (tiga sebenarnya - yang ketiga makhluk bernama syaitan) maka akan berlakulah zina di mana nafsu tidak mampu menahan amarah, disinilah permulaan zuriat dibuang di longkang-longkang, di celah-celah belukar serta semak samun, di tong-tong sampah, di jalanan dan juga di kaki lima. Di sinilah permulaan tergadai segala kehormatan diri. Disinilah permulaan untuk melepaskan nafsu yang tidak pernah kenal kepuasan dan maruah diri. Zina bukan sahaja menggadai kehormatan diri malah kehormatan agama, masyarakat dan ibubapa malah merosakkan generasi ummah! Mahukah kamu untuk memalit najis yang hina di muka ibubapa setelah mereka membesarkan kamu ibarat menjaga sebutir permata yang berharga? Mereka juga yang telah bersusah payah melahirkan serta membesarkan kamu dengan menggunakan segala kudrat yang ada. Mereka yang telah banyak berjasa dalam kehidupanmu

Wahai rakan-rakanku sekalian, Waktu ini bukanlah masanya lagi untuk kita bercinta. Perjuangan dan perjalanan masih jauh dan kita masih mentah untuk melalui alam percintaan. Percintaan yang sebenar bermula apabila kita mula mahu melangkah ke gerbang perkahwinan. Carilah cinta yang disandarkan kepada-Nya yang menjanjikan kemanisan di dunia dan kelebihan di akhirat. Sesungguhnya cinta kepada makhluk ciptaan-Nya merupakan satu fitrah yang tidak boleh dielak oleh seseorang yang bergelar manusia. Sedangkan Adam pun berasa sunyi tanpa kehadiran Hawa, bukan? Apakah yang tidak ada di syurga? Fikirkanlah tentang ganjaran serta nikmat-nikmat yang bakal menanti kita di syurga yang tiada di dunia sementara kita melawan dari menuruti hawa nafsu kita yang sentiasa mahukan keseronokan yang tidak kekal juga kenikmatan yang tidak berpanjangan. Marilah sama-sama kita menyeru diri kita serta kawan-kawan kita sekalian untuk kembali kepada ajaran agama kita sebagai pedoman mereka dalam kehidupan agar negara kita sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Tuhan.

Wallahumusta'an.

4 rahsia ahli syukur

Semoga Allah Yang Maha Menatap, Maha Gagah, Maha Menguasai segala-galanya dan mengurniakan kepada kita hati yang bersih sehingga dapat mengangkap hikmah disebalik kejadian apapun yang kita rasa dan kita saksikan, kerana penderitaan dalam hidup bukan kerana kejadian yang menimpa kita tetapi kerana kita tertutup dari hikmah.

Allah mentaqdirkan apapun Maha Cermat, tidak pernah menzalimi makhluk-makhlukNya. Kita sengsara adalah kerana kita sendiri yang menzalimi diri kita.

"Barangsiapa yang tidak mensyukuri nikmat Allah, sesungguhnya ia telah membuka jalan hilangnya nikmat dari dirinya. Akan tetapi barangsiapa yang mensyukuri nikmat Allah, maka sungguh ia telah memberi ikatan yang kuat pada kenikmatan Allah itu."

Jadi setiap nikmat itu menjadi pembuka atau penutup pintu nikmat lainnya. Kita sering menginginkan nikmat padahal rahsia yang boleh mengundang nikmat ialah syukur atas nikmat yang ada. Jangan engkau lepaskan nikmat yang besar dengan tidak mensyukuri nikmat yang kecil. Maka, daripada kita sengsara oleh nikmat yang belum ada, lebih baik mensyukuri nikmat yang ada sekalipun nikmat itu sedikit ataupun kecil. Sayang sekali, kita sering mendengar kata syukur itu hanya pada makanan, padahal syukur adalah bentuk amal yang lebih luas dan besar pengaruhnya.

Syarat yang pertama menjadi ahli syukur adalah hati tidak berasa memiliki, tidak merasa di miliki kecuali yakin segalanya milik Allah swt. Makin kita takut kehilangan, takut kehilangan adalah satu bentuk kesengsaraan. Tapi, kalau kita yakin segalanya milik Allah, maka diambil oleh Allah tidak layak kita merasa kehilangan kerana kita rasa ia hanya dipinjamkan kepada kita.

Semakin kita berasa rezeki itu milik manusia, kita akan berasa berharap kepada manusia dan akan makin sengsara, senikmat-nikmat dalam hidup adalah kalau kita tidak berharap kepada makhluk tetapi berharap hanya kepada Allah swt.

Rahsia yang kedua ahli syukur adalah "orang yang selalu memuji Allah dalam segala keadaan". Mengapa? Kerana kalau dibandingkan dengan nikmat atau musibah, tidak akan ada apa-apanya. Musibah yang datang tidak sebanding dengan samudera nikmat yang tiada bertepi yang diberikan Allah kepada kita. Apa yang membuatkan kita menderita? Sebabnya,kerana kita tamak kepada yang belum ada.

Ciri yang ketiga dari ahli syukur adalah manfaatkan nikmat yang ada untuk mendekatkan diri kepada Allah. Alkisah ada tiga penunggang kuda masuk ke dalam belantara, ketika dia tertidur kemudian terjaga semula, dilihat semua kudanya telah hilang. Betapa hairannya mereka memikirkan perkara itu. Tapi, seorang raja yang bijaksana melihat hal tersebut dan mengirimkan kuda yang baru yang lengkap dengan bekalan. Ketika dikhabarkan sikap ketiga pennuggang yang hilang kuda itu, terdapat cerita yang berbeza. Si A berasa kagum dan berkata, " Wah, ini hebat sekali kuda, bagus ototnya, bekalnya banyak pula!" dia sibuk dengan kuda tanpa bertanya kuda siapakah ini. Si B, gembira dengan kuda yang ada dan berkata, "Wah, kuda ini hebat." Sambil berterima kasih kepada yang memberi. Sikap si C adalah lebih berbeza, ia berkata, "Ini bukan kuda saya, siapa pemilik kuda ini? Yang ditanya menjawab, "Ini kuda milik raja." Si C bertanya kembali, " Kenapa raja memberikan kuda ini?" dijawab "sebab raja mengirimkan kuda agar engkau mudah bertemu denga si raja."

Dia gembira bukan kerana bagusnya kuda, tetapi kerana dapat mempermudahkan dia bertemu dengan si raja.

Begitulah sikap manusia yang bersyukur. Si A adalah manusia yang (jika) mendapatkan kereta, motor, rumah dan kedudukan, ia akan sibuk dengan kenderaan itu, tanpa sedar bahawa ia adalah pinjaman semata-mata. Orang yang paling bodoh adalah orang yang memilki dunia tapi dia tidak sedar bahawa itu titipan Allah. Yang B mungkin adalah model kita yang ketika senang mengucapkan syukur, tetapi ahli syukur yang asli adalah yang ketiga yang kalau memiliki sesuatu dia berfikir inilah kenderaan yang akan mendekatkan diri kepada Allah swt.

Ketika mempunyai wang dia mengucapkan syukur kepada Allah swt, wang inilah menjadi pendekat saya kepada Allah, dia tidak berat untuk mebayar zakat, dia ringan untuk bersedekah, kerana tidak akan berkurang harta dengan bersedekah. Binalah rumah dan tidak bersikap sombong, belilah aksesori rumah yang membuat setiap tamu yang datang menjadi dekat kepada Allah, bukan mempamerkan kekayaan kita. Pasanglah hiasan yang membuat tetamu kita ingat kepada kekuasaan Allah bukan kekuasaan kita. Itulah rumah yang InsyaAllah mendapat berkah.

Tapi kalau rumah dimiliki hanya untuk dipamerkan dan inginkan kerusi yang amat mewah,gambar-gambar yang tidak membuat ingat kepada Allah, malah ujub, riyak, takabur, tidak hairan rumah itu semakin di minati pencuri dan rumah yang diminati pencuri itu membuatkan pemiliknya dalam ketakutan. Dia harus mengupah pengawal, memasang isyarat kecemasan dan sebagainya. Lain pula jika rumahnya akan mendekatkan diri kepada Allah, dia tidak akan sesibuk itu dan tidak akan dilanda ketakutan.

Kesungguhan kita untuk mendidik anak lebih baik daripada punya anak tetapi tidak tahu agama, lalu bagaimana anak itu akan memuliakan ibu bapanya? Ketika kita mati merekahanya berebut harta warisan. Mereka tidak mensolatkan ibu bapanya. Maka orang yang bersyukur adalah orang yang mendidik anaknya supaya dekat dengan Allah. Didunia nama orang tuanya terbawa harum kerana anaknya mulia. Di kubur lapang kuburnya kerana doa anaknya. Di akhirat InsyaAllah akan terbawa kerana berkah mendidik anak.

Kunci syukur yang keempat adalah berterima kasih kepada yang telah menjadi jalan nikmat. Seorang anak disebut ahli syukur kalau dia tahu membalas budi kepada ibu dan bapanya. Dimana-mana anak yang soleh itu harum namanya. Tetapi anak derhaka tidak pernah ada jalan menjadi mulia. Mengapa? Kerana mereka tidak tahu membalas budi. Memang benar orang tua kita tidak seideal yang kita harapkan tetapi masalah kita bukan bagaimana sikap orang tua itu kepada kita tetapi sikap kita kepada orang tua.

Negara kita dikatakan negara bersyukur sekiranya kita sedar bahawa Negara ini adalan titpan Allah, bukan milik seseorang, bukan milik pahlawan, bukan milik siapapun. Tapi Negara ini tidak ada pemiliknya selain Allah. Kita harus bangkit! Negara ini harus menjadi ladang untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. Dengan ada perasaan benci, dendam atau sakit hati, itu semua tidak akan menyelesaikan masalah tetapi justeru akan menambah masalah. Daripada sibuk mempersalahkan oorang lain, lebih baik kita sedikit demi sedikit menyelesaikan masalah. Itulah namanya syukur nikmat.

Jangan melihat orang dari topeng duniawinya tetapi lihatlah orang dari akhlaknya kerana akhlak adalah buah dari keimanan dan keilmuan yang diamalkan. Harta, gelaran, pangkatdan kedudukan tidak akan menjadikan kemuliaan akhlak seseorang. Bererti dia telah terpedaya. Kita tidak memerlukan topeng. Yang kita perlukan adalah isi dan isi inilah milik orang-orang yang ahli syukur kepada Allah.

Mudah-mudahan daripada kita memikirkan yang tidak ada atau yang belum kita miliki – lebih baik mensyukuri yang sudah kita miliki seadanya. Wallahua'lam.


Jika Isteri menangis

Jika isteri menangis dihadapanmu…. “hargai lah ia sblm terlewat…” Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi… Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.. Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya! Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah! Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya. Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam … Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya. Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ? Apakah keistimewaan perempuan ini ? ” Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat.. TUTUR katanya merupakan KEBENARAN.. SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. . PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya.. Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa.. Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. .. Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. . Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN.. Dia begitu sedih melihat KEMATIAN.. TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN. Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal… Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”… Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

??

Tolong!! tolong!! Tolong!!

Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..

Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya......

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Saturday, August 21, 2010

hAri Y b'Lalu

smlam adlah hari2 y tlah blalu pergi,
kitra xmungkin blh b'patah blik wlaupun sesaat,
pew2 pun ak asew hari y akan ak tmpuh lpas nie lbh baek,
mungkin hari smlm byk mmbri ak erti,
unt ak tmpoh hari y mndtg dgn lbih baek..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


htlm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...