heart

bEaR

Showing posts with label renung2. Show all posts
Showing posts with label renung2. Show all posts

Friday, April 8, 2011

LoVe

love

love

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Erti sebuah ciuman

ciuman bukan sekadar perlakuan. Ada makna tersirat yang mengambarkan 'rahsia si pencinta' Ciuman ikhlas untuk sesiapa saja yang kamu kasihi. Asalkan tidak melanggar hukum hakam dan tuntutan agama... ingat! ciuman untuk tersayang apabila sudah disatukan.. jom intai maksud ciuman si dia.

ciuman di jari
si dia mengkagumi kamu

Ciuman di Pipi
Si dia hanya mahu menjadi teman baikmu

Ciuman di Dagu
kamu sangat 'cute'

Ciuman di leher
dia mahu kamu

Ciuman di bibir
dia cinta padamu

Ciuman di cuping telinga
Mari bergembira dengannya

Ciuman di mana-mana sahaja
Kamulah yang terbaik


10 Truly Amazing Facts About Kiss

Thursday, August 26, 2010

kecantikan wanita

Dimana cantiknya seorang wanita? Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.



Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Anda ingin lebih cantik dan menarik??

Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai “hiasan mata” anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

Oleskan “lipstik kejujuran” pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

Gunakanlah “pemerah pipi” anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

Pakailah “sabun Istighfar” yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

Rawatlah rambut anda dengan “Selendang Islami” yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu’ dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung “kesucian”.

Bedaklah wajah anda dengan “air Wudhu” nescaya akan bercahaya di akhirat.

htlm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...