heart

bEaR

Monday, February 21, 2011

Awk..Saya Rindukn Awak sgt2

Saya selalu pandang awak dari jauh, melihat gelagat awak, gaya awak, cerita awak. Awak memang seorang yang ceria, suka menghiburkan orang, ala-ala Jim Carrey gitu.

Kadang-kadang awak ada tegur saya, tapi saya boo layan jak selalu, trip jual mahalkan. Tapi itu dulu, selepas ada pekerja wanita baru masuk, awak dah tak seberapa bercakap dengan saya. Opis tetap gamat dengan awak, tapi, saya tetap rasa kosong.

Hati saya makin lama makin tehiris nampak awak selalu bercerita dengan dia, malah dia layan awak begitu mesra sekali. Rasa macam menyesal jual mahal, akhirnya memakan diri. Kalau dapat, saya nak bagi hati saya yang sakit ni dengan awak, supaya awak tahu, betapa terseksanya saya melihat keadaan ini.

Namun, lepas tu awak pindah, tanpa mengucapkan selamat tinggal dengan saya. Saya dah tak tahu macam mana nak berhubung dengan awak, saya tak tahu Facebook awak, Twitter, apatah lagi Friendster. Hanya kesabaran sahaja yang mengisi kekosongan hati ini, tak pernah saya rasakan sebegini rupa.

Satu hari, kawan rapat awak itu jumpa saya, rupanya dia serahkan surat awak kepada saya. Saya bingung, kenapa tiba-tiba sahaja? Saya buka dan saya baca~

“Salam, awak apa khabar? Sihat? Maaf tak sempat ucapkan apa-apa kepada awak semasa saya pindah hari tu. Perpindahan saya bersebab, dan saya harap awak faham, saya berdoa, semoga awak sentiasa gembira, tabah menghadapi segala dugaan, kerana saya tahu, kita tak akan dapat jumpa lagi”

Saya tergamam, sebak, tapi saya hairan kenapa awak kirimkan surat sebegini kepada saya. Saya berpaling kepada kawan awak, dan dia berkata sambil menangis ~

“Tuhan lebih menyayanginya, dia bertarung dengan kanser sebelum ini. Dia berharap dia dapat sembuh, kerana selepas itu dia ingin meminang awak.

Air mata ini tumpah semahunya. Hanya bacaan Al-Fatihah mengiringi tangisan ini.

******************************

P/s : Xdek owg blehgantikan tmpat awk far east

No comments:

Post a Comment

htlm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...